Ramai orang menyangka, jika seseorang itu ingin memulakan perniagaan, dia haruslah memiliki sebuah kedai, barangan yang cukup, pekerja yang ramai dan pengangkutan yang berpatutan dan akhirnya ia dijangkakan paling kurang mestilah memiliki modal sekurang-kurangnya enam angka ke atas untuk memulakan sesuatu perniagaan.

Akan tetapi, hakikat mana-mana perniagaan pun di dunia ini tidak bermula dengan semalam selesai proses mendaftarkan syarikat, hari ini syarikatnya sudah setanding syarikat gergasi seperti Apple atau pun Microsoft yang sebenarnya suatu masa dahulu mereka juga bermula daripada menjadikan garaj kereta sebagai pusat permulaan operasi.

Oleh itu, modal bukanlah penghalang utama untuk memulakan sesuatu perniagaan dan ketahui 45 teknik bagaimana untuk memulakan perniagaan dengan modal kurang daripada RM5000 khususnya bagi mereka yang betul-betul berminat untuk menjadikan perniagaan sebagai pemangkin kekuatan ekonomi diri, bangsa dan juga negara.

1. PENJAGA KANAK-KANAK

Anda mungkin seorang yang suka kepada kanakkanak. Anda mempunyai anak dan idea menjaga beberapa orang kanak-kanak mungkin sesuatu yang anda boleh lakukan. Keperluan penjagaan anak terus meningkat di negara ini. Ramai orang lebih suka anak-anak mereka dijaga dalam persekitaran rumah sendiri semasa mereka di tempat kerja. Dan ini adalah perniagaan yang boleh dijalankan serta merta.

2. SEWA BILIK HUJUNG MINGGU

Adakah anda mempunyai sebuah bilik yang mempunyai bilik mandi sendiri? Adakah tempat tinggal anda berhampiran kawasan pelancongan, stadium sukan atau tempat untuk acara tahunan yang besar? Atau anda tinggal di pinggir bandar atau kawasan perkampungan dengan suasana hidup aman? Anda boleh mewujudkan satu pengalaman yang unik untuk menarik orang menyewa bilik anda untuk hujung minggu. Katakanlah anda boleh menyewa bilik untuk RM150 satu malam setiap hujung minggu. 52 minggu setahun x RM150 = RM7, 800 jika satu malam setiap minggu. Cuba kira jika anda sewakan 2 – 3 hari seminggu?

3. JUALAN POKOK LAMAN

Menjual pokok-pokok anda sendiri adalah pilihan yang terbaik. Atau anda boleh membeli pokok-pokok anda daripada pemborong dan menjual pada pelanggan di kawasan halaman rumah anda.

4. BIDANG URUT

Anda boleh belajar terapi urut dengan menghadiri kursus-kursus mengenai anatomi manusia dan fisiologi. Perniagaan bidang urut ini amat menggalakkan sebab ramai orang sibuk dengan kehidupan yang stres dan mereka suka terapi urut yang dapat melegakan kesakitan badan dan merehatkan minda.

5. PERKHIDMATAN MENGANGKUT BARANG

Ramai orang ingin mengupah seseorang untuk melakukan kerja-kerja mengangkat barangan berat untuk mereka. Anda boleh membantu dengan mengambil beberapa pekerja sambilan dan menyewa lori untuk kerja-kerja pemindahan barangan.

6. MENGAJAR MUZIK

Anda mungkin seorang ahli muzik yang cukup mahir untuk menawarkan perkhidmatan mengajar alat muzik instrumen yang berbeza. Anda boleh mengajar dalam kelas atau secara individu.

7. JURUGAMBAR

Membuat wang sebagai seorang jurugambar boleh dilakukan dalam beberapa cara yang berbeza. Anda boleh menjadi pakar dalam satu aspek, kebiasaannya jurugambar majlis perkahwinan. Terdapat juga beberapa niche yang anda boleh terokai untuk fotografi seperti potret orang dan haiwan peliharaan, keluarga mereka, dan rumah-rumah, gambar-gambar peristiwa percutian, parti hari jadi atau ulangtahun dan banyak lagi kemungkinan yang tidak berkesudahan.

jurugambar-Aotribe

8. PERKHIDMATAN HAMPER HADIAH

Mencari niche adalah cara terbaik untuk bermula dalam perniagaan hamper hadiah. Bakul hadiah dan hamper adalah satu perniagaan yang laris jika anda pandai memasarkan servis anda terutamanya pada hari-hari istimewa dan perayaan. Bisnes ini boleh juga dibuat untuk perkahwinan, hari jadi dan majlis makan tahunan syarikat.

9. PENDANDAN RAMBUT & ARTIS SOLEK

Dandanan rambut adalah perniagaan yang popular byang agak lumayan. Secara umumnya, perniagaan hairstylist digandingkan dengan perkhidmatan artis solek. Ramai wanita suka mengupah pendandan atau artis solek untuk menghadiri majlis-majlis dan jamuan makan. Kepakaran ini juga bagus untuk industri filem dan pemodelan di mana freelancer akan diupah mengikut hari atau projek.

10. PERKHIDMATAN KESETIAUSAHAAN SYARIKAT

Antara perkhidmatan yang boleh anda berikan meliputi penyediaan dan penyelenggaraan minit mesyuarat, mengurus penerbitan dan pemindahan sijil syer dan debenture, menyimpan dan menyelenggara daftar anggota-anggota, daftar pengarah-pengarah, pengurus dan setiausaha, daftar pemegang eksekutif, mengirim notis mesyuarat, menyediakan dan menyerahkan penyata tahunan dan dokumen kepada ROC (Registrar of Companies) dan berbagai lagi. Banyak syarikat SME (small medium enterprise) memerlukan perkhidmatan sebegini dan jika anda seorang yang sangat teliti, teratur dan bagus dalam membuat aktiviti susulan mengikut tarikh atau tempoh masa seperti penyediaan laporan tahunan, pembaharuan permit/lesen-lesen (renewal) dan sebagainya, perniagaan ini mungkin bidang yang anda boleh ceburi.

11. DESKTOP PUBLISHER

Anda boleh menggunakan perisian penerbitan desktop untuk mewujudkan risalah, majalah, buku-buku atau dokumen-dokumen pemasaran juga. Anda boleh membuat kandungan untuk penerbitan desktop anda, atau anda boleh membayar penulis untuk mewujudkan kandungan untuk anda. Sebagai alternatif, anda boleh mengiklankan perkhidmatan penerbitan desktop anda untuk merekabentuk dan mencipta risalah dan bukubuku untuk orang lain dengan kandungan mereka.

12. LAMAN WEB DEVELOPER

Banyak kursus laman web wujud di mana anda boleh belajar bagaimana untuk menubuhkan sistem cart membeli-belah, masalah keselamatan online dan lain-lain. Apa yang anda perlu tahu ialah suasana reka bentuk laman web yang sesuai untuk setiap syarikat iaitu imej yang perlu dicerminkan, adakah ia kontemporari atau ceria, bermakna warna-warna cerah dan grafik menyeronokkan? Atau warna lebih klasik seperti hitam, biru tua dan merah-ungu lebih sesuai?

13. PEREKA GRAFIK

Pengalaman serta latihan rekaan grafik mungkin diperlukan bagi pekerjaan ini. Jika anda seorang yang mempunyai minat yang tinggi terhadap rekaan grafik, ini mungkin peluang untuk anda tukarkan minat ini kepada bentuk pendapatan sampingan. Dengan wujudnya syarikatsyarikat baru hampir setiap hari, anda mungkin berpeluang untuk memberi perkhidmatan dari segi rekaan flyer, letterhead, sampul surat, poster, majalah dan lain-lain lagi kepada syarikat ini. Website dan pengiklanan secara online juga memerlukan kepakaran pereka grafik. Rekaan grafik mempunyai permintaan yang tinggi serta ia berpotensi besar untuk memberi pendapatan lumayan secara berterusan.

14. MENGAJAR PENGGUNAAN KOMPUTER

Jika anda mempunyai kemahiran menggunakan komputer, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk mengadakan kelas latihan komputer bagi wargawarga emas. Anda boleh mengajar cara penggunaan komputer secara asas seperti penggunaan emel bagi menghantar sesuatu maklumat yang penting serta penggunaan media sosial seperti Facebook untuk memudahkan mereka berhubung dengan orang yang tersayang. Terdapat banyak lagi perisian sesuai yang anda boleh kongsikan dengan mereka.

15. MEMBAIKI KOMPUTER

Anda boleh mengkaji jenis perisian utama yang pengguna mahu seperti pemprosesan perkataan, perisian manipulasi foto, spreadsheet, reka bentuk dan terutamanya perisian keselamatan. Pastikan anda berpengetahuan dan sentiasa memberi servis mengikut keperluan dan perkembangan teknologi semasa. Anda perlu benar-benar biasa dengan semua ISP (pembekal perkhidmatan Internet) yang terdapat di pasaran dan mengiklankan diri anda sebagai seorang pakar komputer yang boleh memenuhi keperluan pengguna komputer peribadi, perniagaan kecil atau perbadanan yang besar.

16. JURULATIH PERIBADI KECERGASAN

Iklankan perkhidmatan anda untuk membantu pelanggan membuat keputusan untuk mengupah anda sebagai jurulatih peribadi. Ramai pelanggan anda mungkin terdiri daripada eksekutif yang tiada masa dan memerlukan bimbingan seorang jurulatih peribadi untuk mendisiplinkan dan membantu mereka untuk fokus dalam melatih diri, mengamalkan tabiat hidup sihat atau menguruskan berat badan.

17. PENGURUSAN HARTANAH

Tugas anda dalam hal sewa rumah atau hartanah adalah untuk memastikan penyewaan harta itu berjalan dengan lancar. Kemungkinan besar anda akan menghabiskan masa menguruskan, menjaga dan memastikan harta itu sedia untuk disewa.

18. PAKAR IMPORT / EKSPORT

Jika anda belum mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang import atau eksport, anda boleh memulakan dengan pembelajaran asas-asas dan menjadi tuan rumah sesi pendidikan untuk mengajar orang lain apa yang mereka perlu tahu untuk bermula dalam bidang import dan eksport. Dari situ anda boleh membina senarai pelanggan yang berminat dalam bidang ini dan meluaskan rangkaian anda untuk mengembangkan bisnes ini dengan mencari rakan niaga yang berpotensi.

19. PERANCANG PERKAHWINAN (WEDDING PLANNER)

Anda perlu sentiasa update info-info berkaitan dengan trend dan fesyen perkahwinan terkini. Mempunyai jaringan perniagaan dengan rakan-rakan yang terlibat dengan pengurusan perkahwinan seperti deejay, kumpulan kompang, pelamin, katering dan lain-lain lagi. Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan memberi pakej istimewa serta hadiah-hadiah percuma kepada mereka.

20. MENJUAL BUKU TERPAKAI

Hampir setiap orang mempunyai buku-buku lama yang tidak dibaca lagi. Apa kata anda minta buku ini dari mereka dan adakan jualan murah kepada orang ramai. Untuk mendapatkan lebih banyak buku terpakai, anda boleh membuat perjanjian ringkas bersama penderma buku dengan memberikan sedikit keuntungan dari hasil buku yang terjual kepada mereka. Anda boleh menjual buku ini di kedai-kedai atau jualkannya melalui online serta media sosial seperti Facebook, website, blog dan banyak lagi.

buku-terpakai-aotribe

21. KHIDMAT NASIHAT INCOME TAX

Malaysia merupakan negara yang semakin maju, begitu juga dengan rakyatnya. Income Tax merupakan salah satu perkara wajib ditunaikan bagi individu yang mempunyai pendapatan yang melebihi dari had yang telah ditetapkan oleh LHDN. Kebanyakkan orang tidak mempunyai masa untuk mengisi borang income yang agak rumit jika ianya tidak dipelajari dengan betul. Anda boleh menyediakan perkhidmatan bagi mengisi borang income tax tersebut serta memberi nasihat-nasihat yang dapat memberi keuntungan kepada pelanggan jika mereka dikenakan income tax pada tahun berikutnya.

22. PENGHIAS RUANG DALAMAN (INTERIOR DESIGNER)

Iklankan bakat anda kepada kontraktor. Pembeli rumah baru selalunya boleh terharu dengan visual hiasan rumah dalaman yang dapat membantu dalam penjualan sesuatu hartanah. Anda boleh menyediakan beberapa borang soal selidik untuk setiap elemen utama dan setiap bilik utama di dalam rumah. Ketahui bagaimana pemilik rumah akan menggunakan rumah, dengan adanya kanak-kanak? Haiwan kesayangan? Bagaimanakah setiap bilik digunakan? Apakah pencahayaan ambien yang paling sesuai?

23. MEMBUAT JEWELRY (HIASAN KEMAS)

Terdapat banyak cara yang berbeza dalam perniagaan kemas dan pelbagai jenis bahan-bahan yang anda boleh gunakan untuk membuat barang kemas seperti kaca, plastik, manik, bulu, kayu dan sebagainya kreativiti anda.

24. PENULIS PEMASARAN (COPYWRITER)

Jika anda boleh menulis dan membuat orang teruja untuk membeli apa sahaja dengan bakat penulisan anda, anda boleh membuat banyak wang dalam bidang perniagaan ini. Anda boleh menulis untuk risalah, katalog, iklan dan sudah tentu untuk pemasaran di web. Yang bagusnya, kerja ini anda boleh buat dari rumah.

25. JURULATIH GOLF

Satu lagi tempat untuk mencari pelanggan adalah dunia korporat. Golf adalah permainan yang orangorang bisnes gunakan untuk membangunkan hubungan di luar pejabat. Anda perlu menjadi lebih baik daripada pemain golf yang sederhana bagus untuk membangunkan reputasi sebagai jurulatih golf. Anda juga perlu menjadi seorang guru yang baik, tahu  untuk memberi motivasi dan bersedia untuk bekerja dengan pelbagai jenis orang yang berbeza.

26. PERANCANG KEWANGAN

Untuk memulakan perniagaan ini, anda perlu melalui proses pensijilan supaya anda boleh label diri anda CFP (Perancang Kewangan Bertauliah). Sijil anda menunjukkan bahawa anda mempunyai kepakaran dan kredibiliti serta pembezaan ini akan membantu orang memilih anda sebagai perancang kewangan mereka.

27. PASAR HUJUNG MINGGU

Orang suka menghabiskan hujung minggu mencari barangan murah, barangan keperluan atau barangan koleksi hobi. Pastikan anda sentiasa mempunyai kelainan, stok yang cukup dan baru untuk memuaskan hati pelanggan anda.

28. PERKHIDMATAN EDITORIAL

Berikut adalah beberapa perkhidmatan editorial yang anda boleh berikan dari rumah anda sendiri:

Copyediting.

Ini adalah proses di mana pemeriksaan kesilapan tatabahasa, gaya dan tipografi berlaku.

Proofreading.

Pembaca proofreading bertanggungjawab memastikan perubahan copyediting telah ditukar dengan betul dan tiada kesilapan baru dicipta dalam proses penulisan dan pencetakan.

Pendoktoran buku.

Ini adalah satu perkhidmatan editorial bagi manuskrip yang ditulis oleh pakar-pakar. Mereka membuat manuskrip untuk menjadi sebaik mungkin atau ditulis dalam bahasa yang lebih mudah difahami, teratur dan kemudian direka dalam bentuk buku yang patut diterbitkan.

Penulisan hantu.

Sebagai seorang penulis hantu, anda melakukan banyak penyelidikan untuk mendapatkan maklumat dan fakta atau ilham untuk penulisan sesuatu buku, tetapi nama orang lain digunakan sebagai penulis.

Penulisan iklan.

Juga dikenali sebagai penulisan perniagaan. Ini adalah penulisan yang menggalakkan pembelian produk atau perkhidmatan.

Menulis buku.

Adakah anda mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang, seperti perakaunan atau hiasan dalaman? Atau secara peribadi, seperti mengait? Mengapa anda tidak menulis buku tentang perkara ini?

Penulisan artikel majalah.

Majalah dan surat khabar adalah cara yang baik untuk penulisan anda diterbitkan sebelum menangani tugas untuk menulis sebuah buku.

Pembekal kandungan laman web.

Menyediakan kandungan untuk laman web adalah cara yang baik untuk membuat duit dari penulisan.

29. ELEKTRONIK REPAIR

Perniagaan ini adalah sama dengan perniagaan membaiki komputer, tetapi anda akan mengambil pelbagai peralatan elektronik selain hanya komputer. Anda juga mungkin mahu menggalakkan orang ramai untuk memberikan elektronik lama mereka untuk anda gunakan sebagai bahagian spare.

30. PERANCANGAN MAJLIS

Salah satu perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah melawat setiap lokasi acara yang berpotensi. Anda boleh bekerja dengan pengurus pemasaran di setiap lokasi untuk belajar apa yang anda boleh dapati di setiap lokasi. Kemudian apabila anda mula merancang acara dengan pelanggan, anda boleh tahu apa parameter utama untuk acara tersebut dan cara mudah menarik sehingga tiga atau empat tapak yang memenuhi kriteria asas pelanggan.

31. PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN

Menyediakan pekerja untuk perkhidmatan pembersihan adalah perniagaan yang sangat berpotensi. Terdapat banyak syarikat, restoran dan rumah yang memerlukan perkhidmatan pembersihan. Restoran memerlukan pembersihan menyeluruh setiap hari dan boleh menjadi sumber pelanggan yang stabil. Mungkin anda lebih berminat untuk membersihkan rumah. Anda mungkin tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk pengiklanan atau pemasaran kerana ramai pelanggan anda akan datang dari perbualan mulut ke mulut

32. CONCIERGE PERIBADI / RUNNER

Perniagaan ini adalah untuk seseorang yang cekap dan mempunyai keupayaan untuk melaksanakan tugasan dengan sempurna. Orang yang mengupah anda akan mengharapkan anda berupaya untuk melaksanakan bukan sahaja apa yang mereka mahu, tetapi dengan sentuhan peribadi dan senyuman yang bagus. Pelanggan yang menggunakan perkhidmatan concierge peribadi adalah eksekutif berjawatan tinggi yang tiada masa dan sentiasa berada di ofis dari 7 pagi sehingga 9 malam hampir setiap malam, meninggalkan mereka masa yang sangat sedikit untuk melakukan semua urusan peribadi dan keluarga.

33. PERUNDING

Untuk menjadi seorang perunding, anda perlu mempunyai kepakaran dalam sesuatu yang anda boleh iklankan diri anda sebagai penasihat kepada sesiapa sahaja yang ingin mengupah kemahiran anda. Anda boleh menggunakan pengalaman kerjaya atau berniaga untuk membantu orang lain melakukan perkara yang sama tanpa membuat kesilapan yang sama yang anda buat sepanjang pengalaman kerjaya anda.

34. PENTERJEMAH

Jika anda mempunyai kelebihan menghafal pelbagai bahasa, apa kata gunakan ia sebagai pendapatan tambahan dengan menjadi seorang penterjemah. Penterjemah tidak semestinya melalui percakapan, terjemahkan penulisan ke bahasa lain juga boleh memberi keuntungan besar ke atas diri anda.

35. PELUKIS KARTUN

Terdapat banyak cara untuk mendapat duit melalui melukis kartun. Anda boleh mengambil kerja sebagai pelukis sketch potrait individu, melukis kartun bagi majalah, website, media digital dan sebagainya. Lukisan kartun berbentuk digital juga mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran online.

36. AGEN INSURANS / TAKAFUL

Pekerjaan ini memerlukan anda mengambil beberapa ujian bertulis bagi mendapat lesen untuk menjualnya. Secara umumnya, rakyat Malaysia sudah mula memahami kepentingan mempunyai insurans demi keuntungan masa hadapan. Anda mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat pelanggan dengan mudah.

37. DEEJAY

Bekerja secara sambilan dengan menjadi deejay jemputan di karnival, majlis perkahwinan, majlis harijadi, rumah terbuka dan lain-lain lagi. Jika anda tidak mempunyai peralatan sistem audio, anda mungkin boleh sewa dari orang lain. Simpan wang secukupnya dan beli sistem audio sendiri untuk mendapat lebih banyak keuntungan.

38. AGEN LELONGAN / JUALAN

Anda boleh bermula dengan mengumpul barangbarang yang tidak digunakan lagi. Dapatkannya dari rakan-rakan serta saudara mara. Setiap barangan dijual dengan harga yang sangat berpatutan atau erti kata lain ‘lelong’. Berikan sedikit keuntungan jualan kepada rakan atau saudara yang sudi memberi barang kepada anda. Jualkan ia di kedai atau secara online.

39. MENJAHIT

Setiap kali perayaan hampir tiba, maka baju baru akan mula ditempah dengan berpusu-pusu oleh orang ramai. Jika anda mempunyai skil dalam menjahit, gunakan ia untuk menjana pendapatan. Samada anda menjahit secara tetap atau sambilan, kedua-duanya mampu menjana hasil yang lumayan.

40. GURU MASAKAN

Kumpulkan kesemua resepi masakan yang anda tahu, kemudian jadikan ia satu buku digital (e-book) dan jualkannya. Anda juga boleh mengadakan mini kelas masakan bagi isteri-isteri atau bakal menjadi isteri yang tidak tahu memasak.

41. MENJUAL SARAPAN PAGI

Nasi lemak antara sarapan pagi yang paling diminati oleh rakyat negara ini. Telah menjadi satu tradisi untuk bersarapan nasi lemak di pagi hari. Anda juga boleh menjual sandwich yang sudah siap dibungkus. Jika rajin, dapatkan order dari ofis-ofis berdekatan dan sediakan penghantaran percuma sarapan pagi kepada mereka.

42. MEMBUAT BARANGAN HIASAN & KRAFTANGAN

Kemahiran membuat hiasan dengan menggunakan tangan (handmade) merupakan satu kelebihan bagi menjana wang sampingan. Terdapat banyak hiasan dan kraftangan yang boleh dibuat dan dijual serta merta seperti barangan perhiasan diri dan perhiasan rumah.

43. MENCETAK T-SHIRT

Anda tidak memerlukan mesin mencetak baju dan modal tetapi apa yang anda perlukan ialah kenalan yang menyediakan perkhidmatan mencetak baju. Anda hanya perlu membuat pemasaran dan dapatkan pelanggan sahaja. Ia umpama anda berfungsi sebagai orang tengah.

44. MEMBUAT BISKUT DAN PASTRI

Aneka biskut dan pastri boleh dibuat dan dijual dalam skala kecil dan besar. Anda boleh mengambil tempahan harian, mingguan, bulanan atau semasa musim perayaan. Perniagaan ini sangat lumayan jika anda pandai membuat biskut, pastri, roti, kek dan sebagainya. Apa yang akan menarik hati pelanggan adalah rasa yang sedap serta gubahan corak atau dekorasi biskut dan pastri dengan sentuhan yang amat menarik.

45. MENJUAL CENDERAHATI

Pelbagai jenis cenderahati yang comel dan unik seperti soft toys, keychains, bantal, bolsters, bunga hiasan dan lain-lain untuk semua peringkat usia dan untuk semua jenis acara, sambutan dan perayaan seperti harijadi, perkahwinan, hari ibu, bapa dan guru boleh dijual. Sediakan pakej jualan secara runcit dan borong. Untuk jualan secara borong, anda boleh beri diskaun antara 20-40% daripada harga jualan.

 

Comments

comments