“Sebagus mana pun produk atau servis perniagaan anda, ianya tidak akan bermakna jika pemasarannya lemah dan longlai.”

Bila ditanya kepada usahawan, apakah yang paling penting yang boleh menjadi trauma jika ia tidak dilakukan dan mengakibatkan perniagaan lingkup? Majoriti usahawan akan memberi jawapan yang sama iaitu ‘ Pemasaran ’.

5 Strategi Pemasaran Luar Biasa

Pemasaran #1: Data Adalah Kuasa Pemasaran

“Panggil ribuan pelanggan dengan hanya satu kali klik.” – Dr Azizan Osman

Bayangkan apabila syarikat global seperti TESCO menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbit. Berapakah kadar peratusan untuk kita buka mesej itu? Sudah tentu tinggi.

Ini adalah tujuan pemasaran menerusi data pelanggan. Pertama, kita mendapatkan maklumat seperti nombor telefon, nama dan emel secara beretika. Kemudian kita menggunakan perkhidmatan sedia ada, seperti sistem pemasaran SMS untuk berhubung dengan pelanggan menerusi telefon bimbit mereka.

Strategi ini dapat menjamin pelanggan untuk membaca mesej pemasaran kita. Setiap program Klinik Usahawan Dr Azizan Osman juga dipromosikan menggunakan strategi ini.

Kenapa mentor Dr Azizan Osman memberi gelaran ‘Strategi Panggil-panggil’? Ini kerana kita hanya perlukan beberapa saat sahaja untuk menghantar SMS kepada ribuan data pelanggan yang diperoleh, tanpa perlu bersusah payah untuk mencari mereka.

Pemasaran #2: Kuasai Fusion Marketing

Fusion Marketing adalah strategi pemasaran yang menggabungkan dua industri berbeza. Cara ini dapat membawa masuk prospek baru dalam kuantiti yang besar ke dalam bisnes tanpa perlu bersusah payah. Apa yang perlu dilakukan adalah:

  • Cari pemilik perniagaan dari industri yang berbeza.
  • Wujudkan sebuah acara yang menjemput pelanggan daripada industri yang berbeza.
  • Pelanggan mereka akan diperkenalkan dengan bisnes kita. Manakala pelanggan kita akan diperkenalkan dengan bisnes mereka.

Strategi ini bukan sahaja menguntungkan kedua-dua belah pihak, ia juga menjimatkan kos pemasaran dan memaksimakan keuntungan dalam masa yang singkat.

Pemasaran #3: Formula 30 Banner

Banner atau kain rentang adalah strategi pemasaran yang digemari oleh mentor Dr Azizan Osman. Dalam setiap program Klinik Usahawan, pasti disebut-sebut strategi ini supaya melekat dalam ingatan para peserta.

Dalam masa yang sama, protégé-protégé beliau yang menggunakan strategi banner ini juga memperoleh impak yang mengejutkan. Jadi, bagaimana banner ini berfungsi untuk meningkatkan keuntungan bisnes?

Banner dapat membantu untuk menguasai wilayah dengan segera. Bayangkan jika kita duduk di satu lokasi. Kemudian di lokasi itu mempunyai puluhan atau ratusan banner yang memperkenalkan bisnes kita. Mahu atau tidak mahu, bisnes kita terpaksa menerima suasana bisnes yang huru-hara selepas itu.

Pemasaran #4: Cipta Kontroversi Konstruktif

Menurut sebuah artikel yang ditulis oleh pakar pemasaran, kontroversi tidak boleh dipandang rendah oleh para usahawan. Kontroversi adalah satu elemen pemasaran yang bagus untuk melonjakkan perniagaan kita ke satu tahap yang lebih tinggi.

Wujudkan kontroversi konstruktif. Yakni kontroversi yang membuatkan masyarakat ingin tahu tentang perniagaan kita. Sebagai contoh, mentor Dr Azizan Osman pernah melancarkan Seminar Rahsia Tarikh Lahir. Walaupun ia mengundang kontroversi, namun itu yang menguatkan jenama Richworks dan beliau di persada negara.

Tapi, berhati-hati bila menggunakan teknik kontroversi. Pastikan kita boleh mengawal isu itu pada kadar optimum. Jika tidak, kontroversi itu akan makan tuan. Banyak bisnes yang bankrap akibat daripada gagal mengawal kontroversi.

Pemasaran #5: Bagi Jaminan Kurang Waras

Satu daripada fungsi pemasaran adalah menarik perhatian prospek untuk mencuba produk atau perkhidmatan kita. Apabila kita gagal menarik perhatian mereka, itu adalah signal bahawa kita gagal dalam kempen pemasaran.

Antara strategi magnet tarikan pelanggan yang berkesan adalah menerusi pemberian jaminan. Fungsi jaminan ini dapat meruntuhkan keraguan prospek untuk mencuba produk kita. Bisnes-bisnes yang menggunakan strategi pemasaran ini biasanya berjaya untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Oleh kerana terlalu banyak produk dan perkhidmatan yang muncul hari ini, maka fungsi jaminan dapat membuatkan bisnes kita terasing dengan pesaing lain. Sebagai contoh, bisnes produk kesihatan menawarkan jaminan 30 hari pengembalian wang sekiranya pengguna tidak berpuas hati.

Program Klinik Usahawan Dr Azizan Osman juga menggunakan formula yang sama untuk mewujudkan magnet tarikan pelanggan. Program lanjutan seperti Millionaire Marketing Mastery (MMM), Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan pelbagai lagi menawarkan pengembalian wang semula jika para peserta tidak berpuas hati dengan ilmu yang disampaikan.

Bagaimana dengan perkongsian 5 strategi ini? Mungkin anda boleh gunakannya untuk pemasaran perniagaan anda. Jika anda ingin kuasai ilmu pemasaran ini, anda boleh dapatkan buku ‘Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan’ di kedai-kedai buku pilihan seperti di MPH Bookstore dan Popular Bookstore.

Anda juga boleh layari laman web http://azizanosman.com/onlineshop bagi pembelian secara online atau hubungi talian 03-5524 2599 untuk pertanyaan lanjut.

Comments

comments