Dalam buku barunya Money: Master The Game – 7 Simple Steps to Financial Freedom, Tony Robbins membicarakan soal kewangan dan langkah-langkah  demi menggalakkan pembaca mengambil tindakan memperbaiki kedudukan kewangan mereka.

Tony Robbins adalah seorang motivator dan jurulatih kejayaan dunia yang telah melatih dan memberi inspirasi kepada lebih daripada 50 juta orang dari lebih 100 buah negara. Dia lahir pada 29 Februari 1960 di North Hollywood, California. Untuk mencapai kejayaan Tony Robbins bekerja keras, berkorban secara luar biasa dan bertekad mencapai impiannya.

Tony Robbins mempunyai banyak pengalaman dalam hidupnya sebelum menjadi seorang motivator dan pelatih No.1 Dunia. Pada mulanya, dia pernah bekerja sebagai janitor (cleaning service) dengan hanya mendapat gaji $50 seminggu. Suatu hari Tony Robbins mengikuti seminarnya Jim Rohn dan dari seminar inilah yang mulai merubah kehidupannya. Di usianya yang baru 18 tahun, Tony Robbins mampu menciptakan pendapatan yang luar biasa dari penjualan tiket seminar Jim Rohn sebanyak $10,000 sebulan.

Tony Robbins mulai meningkatkan kemampuannya dengan mempelajari NLP (Neuro-Linguistic Programming) dan firewalk (berjalan atas bara). Dengan berbekalkan ilmunya itu, dia mulai membangun dan menjadi terkenal dengan mengadakan seminar di serata dunia.

Di tahun 1990, Tony Robbins telah mengembangkan teknik NLP menjadikan ia NAC (Neuro Associative Conditioning) dan teknik tersebut ditulis di dalam bukunya berjudul Awaken The Giant Within pada tahun 1991.

Hasil seminar dan penerbitan bukunya, Tony Robbins menjadi jurulatih kejayaan terkenal di dunia dengan menjadi personal coach pasukan bola keranjang NBA, US Open, Andrei Agassi dan juga coach kepada Michael Jackson, Lady Diana dan Sylvester Stallone. Beliau juga pernah melatih secara peribadi beberapa pemimpin negara seperti Nelson Mandela dan Bill Clinton.

Baru-baru ini, Tony Robbins telah menerbitkan sebuah buku barunya Money: Master The Game – 7 Simple Steps to Financial Freedom yang memberikan nasihat kewangan dan pelaburan asas yang ditujukan secara khusus kepada mereka yang baru mendalami ilmu kewangan.

tr

Secara umumnya buku ini adalah bermanfaat bagi mereka yang masih baru kepada perancangan kewangan peribadi dan pelaburan.

Dan kini buat pertama kali dalam buku pertamanya dalam tempoh dua dekad (20 tahun), Tony beralih kepada topik ‘Bagaimana untuk mendapatkan kebebasan kewangan untuk diri kita sendiri dan keluarga kita’.

Berdasarkan temu bual dan penyelidikan beliau dengan lebih daripada 50 pakar-pakar kewangan dunia, dari Carl Icahn dan Warren Buffett, Ray Dalio dan Steve Forbes, Tony Robbins telah mewujudkan 7 langkah mudah pelan tindakan yang sesiapa sahaja boleh gunakan untuk kebebasan kewangan.

Tony Robbins menggunakan metafora untuk menggambarkan konsep membina kewangan yang paling kompleks tetapi mudah dan boleh dilaksanakan. Pembaca diberi langkah-langkah berdasarkan tahap pendapatan mereka untuk mencapai kebebasan kewangan dengan mewujudkan satu pelan pendapatan untuk seumur hidup.

Buku ini memberikan maklumat yang tidak ternilai dan amalan-amalan penting untuk mengukuhkan kewangan anda dengan teratur. Berikut adalah ringkasan 7 langkah yang disyorkan oleh Tony Robbins untuk mencapai kebebasan kewangan:

  1. Buat keputusan untuk menjadi pelabur dan bukannya pengguna. Jangan beli produk syarikat tetapi beli sahamnya.
  2. Jadilah seorang yang memahami selok-belok kewangan. Kuasai ilmu mengenainya.
  3. Tetapkan sasaran yang boleh dicapai. Sasaran terlalu besar mungkin menyebabkan seseorang langsung tidak bermula.
  4. Nilai semula peruntukan aset anda. Ada yang patut disimpan dan ada yang patut digunakan untuk mengambil risiko.
  5. Buat perancangan untuk menjana pendapatan sepanjang hayat. Pendapatan, bukannya aset yang membiayai kehidupan harian kita.
  6. Belajar daripada pakar kewangan dan pelabur terbaik. Contohi kaedah dan kejayaan mereka.
  7. Ambil tindakan sekarang dan bukan hanya merancang untuk melakukannya. Kegagalan paling besar ialah kegagalan untuk bermula.

Buku ini memang buku yang dinantikan berjuta-juta orang untuk mencapai kebebasan kewangan.

Nota: Memandangkan beliau menerumah ramai pakar pelaburan dan kewangan, ada nasihat yang diberikan dalam bukunya mungkin bercanggah dengan satu sama lain dan pelabur perlu memahami bahawa ada pelbagai pendekatan berbeza dan hendaklah memilih yang paling sesuai untuknya.

Mutiara Kata Tony Robbins

“Masa lalu dan rasa kecewa merupakan perkara asas untuk mencipta kembali kehidupan baru yang lebih baik.”

 “Jika anda hanya selalu melakukan perkara yang sama, maka anda akan mendapat hasil yang sama.”

 “Di saat anda mengambil keputusan untuk bertindak, masa depan anda telah dicipta.”

 “Kita boleh merubah hidup kita. Kita boleh melakukannya, memilikinya, dan menjadikannya tepat seperti apa yang kita inginkan.”

 “Jika anda ingin berjaya, dapati seseorang yang telah mencapainya, lalu ikutilah cara dan bagaimana mereka melakukannya.”

 “Hidup adalah anugerah. Kita diberikan keleluasaan, kesempatan, dan tanggungjawab untuk melakukan sesuatu untuk menjadikannya lebih baik.”

 “Alasan mengapa hanya sedikit orang yang mencapai apa yang mereka inginkan adalah kerana tidak fokus kepada kelebihan diri mereka. Kebanyakan orang hanya mengikuti jalan yang sudah ada, tanpa pernah memutuskan untuk mengasah kelebihan diri mereka secara khusus.”

 “Saya yakin bahawa hidup adalah satu ujian peningkatan komitmen. Manfaat terbesar hidup diperuntukkan bagi mereka yang menunjukkan komitmen yang tiada akhir hingga mereka bertindak dan mencapai sesuatu.”

 “Tindakan adalah kunci asas bagi semua kejayaan.”

 “Menetapkan goal (tujuan) adalah langkah awal untuk mewujudkan perkara yang tidak kita nampak supaya menjadi jelas.”

 

Comments

comments