Selangit kesyukuran Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT, Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat Guru Agung yang tercinta, Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, tokoh usahawan jujur yang berjaya, para sahabat, tabi’in serta pendokong perjuangan Islam dan Ekonomi sehingga ke akhir zaman.

Juga di atas terbitan AO Tribe ini. Moga dengan adanya medium sebegini, ilmu berkenaan bisnes yang kita sentiasa inginkan akan mudah diperolehi dan diterjemahkan ke dalam perniagaan masing-masing. Di sini, izinkan kami untuk berkongsi dengan anda beberapa idea dan intipati semasa berkaitan bisnes khususnya, dan bagaimana semua itu dapat kita hubungkannya dengan Al-Quran. Seperti mana kata Allah
di akhir surah Yusuf:

“Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman”. (Yusuf-111)

Apa yang kami ingin kongsikan, setiap kisah dari mereka yang terdahulu itu ada hubungkaitnya dengan kehidupan kita hari ini. Al-Quran bukanlah sahaja kitab bacaan orang-orang lama, bahkan ia kitab untuk sekalian insan selagimana dia hidup sehinggalah hari kiamat berlaku. Sebelum itu, kami mohon ampun dan maaf daripada Allah Taala sekiranya ada salah dan silap sepanjang tafsiran kami nanti kerana ilmu Allah itu maha luas, hanya sekelumit sahaja yang kita diberitahu dan InsyaAllah, kami cuba huraikan untuk anda.

[KISAH LEMBU]

Di dalam surah Al-Baqarah, bermula dari ayat 67-73, kita dibentangkan dengan sebuah kisah bagaimana Allah ceritakan perihal Bani Israel dan juga seekor lembu. Peristiwa ini berlaku pada zaman Nabi Allah Musa alahis salam. Terdapat satu kes pembunuhan sesama mereka dan dipendekkan cerita, kecoh masyarakat Bani Israel dalam mencari siapa pembunuh tersebut. Akhirnya Allah memerintahkan mereka supaya menyembelih seekor lembu. Di sini timbul soalan, kenapa mesti lembu? Pernahkah anda tertanya? Sedar atau tidak, sebenarnya Allah nak beritahu kepada kita bagaimana wajah sebenar Bani Israel.

Secara teorinya, kita semua sedia maklum bahawa lembu adalah antara haiwan yang sangat senang dan mudah untuk diperolehi jika nak dibandingkan dengan haiwan liar yang lain. Allah perintahkan mereka untuk mencari tanpa mengkhususkan jenis dan rupa lembu tersebut. Secara logiknya, manusia tidak memerlukan peralatan yang banyak untuk mendapatkan seekor lembu. Tapi apa yang Bani Israel buat? Mereka banyak soalan dan bertanya. Lembu warna apa, jantan atau betina, muda atau tua dan sebagainya. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka sangat miskin tindakan tetapi mahu keputusan segera. Jadi, apa kaitannya dengan bisnes kita? Mari kita tengok.

[BISNES KONTEMPORARI]

Alhamdulillah, kita sekarang berada di era kemajuan dan kita bersyukur kerana Malaysia salah satu negara yang tidak ketinggalan daripada menongkah akan arus tersebut. Peluang untuk berbisnes sangat luas dan sudah tidak seperti dahulu lagi. Terlalu banyak peluang tersebut sehingga setiap usahawan itu mampu untuk mulakan perniagaannya dengan perkara yang paling mudah contohnya, membina kenalan dan hubungan yang baik dalam FB Page sebelum berniaga barangan atau menawarkan perkhidmatan contohnya kaunseling, seminar, coaching dan sebagainya. Menariknya, semua itu adalah PERCUMA. Tidak perlu ada kedai dan tidak perlu kepada kos yang tinggi.

Malangnya, masih ada usahawan yang banyak soalannya. Produk apa nak jual ek? Bila nak jual ek? Ni menjual ni orang tak marah ke? Nenek approve ke perniagaan saya ni? Ni kalau jadi jutawan nanti tak takut ke? Adakah anda nampak di mana kaitannya kisah Al-Quran tadi dengan permulaan bisnes kita. Kuasa sebuah tindakan sangat penting untuk kita pastikan kejayaan yang kita mahu perolehi di penghujungnya. Janganlah terlalu berfikir nak bisnes apa sedangkan jutaan manusia di luar sana yang bermasalah dan sangat perlukan penyelesaiannya daripada kita semua.

Ingatlah wahai sahabat sekalian, Allah sentiasa lorongkan perkara yang mudah untuk kita semua. Cuma menunggu manusia mana yang bijak untuk merebut dan mencapainya. Akhir kalam, kita Ummat Muhammad S.A.W yang kaya dengan KUASA TINDAKAN. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Semua tindakan mesti disertai dengan sistem yang betul dan terbukti berkesan. Wahyu di depan mata haruslah diguna pakai dan diterjemahkan ke dalam kehidupan kita semua. Halusilah setiap tindakan kita dan permudahkanlah ia selagi boleh kerana, kita bukan Ummat Bani Israel, yang hanya banyak soalan, tetapi kosong tindakan dan suka menyalahkan orang lain. Moga ada mendapat manfaat di atas apa yang disampaikan.

Allah berkata di dalam Surah Yunus Ayat 44,
“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri”. Justeru, kenapa asyik fikir yang susah? Allah sentiasa tidak pernah menyusahkan hamba-hambaNya. Akhir kalam, kita Ummat Muhammad S.A.W yang kaya dengan KUASA TINDAKAN. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Wahyu di depan mata haruslah diguna pakai dan diterjemahkan ke dalam kehidupan kita semua. Halusilah setiap tindakan kita dan permudahkanlah ia selagi boleh kerana, kita bukan Ummat Bani Israel, yang hanya banyak soalan, tetapi kosong tindakan dan suka menyalahkan orang lain. Moga anda mendapat manfaat di atas apa yang saya sampaikan.

 

Comments

comments