Anda pasti menyukai Aristotle. Beliau mempunyai pelbagai falsafah yang banyak membantu manusia menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Ia telah membantu mereka yang mahu menjalani kehidupan positif di luar jangkaan.

Beliau merupakan seorang pemikir, penulis & seorang guru. Aristotle percaya alam semesta ini sentiasa berubah. Tambahan pula, alam semesta sentiasa memerlukan motivasi secara berterusan agar ia sentiasa berubah & ia berkait rapat dengan potensinya tersendiri.

Manusia juga tertakluk kepada perkara yang serupa.

Bayangkan sebuah pokok. Ia bermula daripada sebuah benih. Sudah pasti, benih itu akan menjalani pelbagai jenis proses & peringkat percambahan sebelum menjadi sebuah pokok yang besar. Ini menunjukkan potensi benih itu, akan menjadi sebuah pokok pada akhirnya.

Namun, apa guna potensi jika ia tidak diasah sebaik mungkin. Pokok yang sihat memerlukan baja & nutrien lain sebagai sumber tumbesaran. Sama juga seperti kita, manusia. Kita juga memerlukan ilmu & usaha bagi mencapai kehidupan yang diinginkan.

Sematkan kejayaan sebagai sebuah destinasi.

Eric Ripert merupakan seorang chef, penulis & selebriti. Beliau adalah antara chef yang menempa nama dalam industri kulinari. Eric mempunyai sebuah restoran bernama Le Bernardin di kota New York.

Restoran beliau dianugerahkan sebagai antara restoran terkemuka di bandar Amerika Syarikat, sebagai “The World’s 50 Best Restaurants” oleh S. Pellegrino.

Pada awal penglibatan beliau dalam industri kulinari, beliau sudah mempunyai 3 mentor. Mereka bertanggungjawab membantu Eric menempah nama dalam bidangnya. Namun, tidak cukup itu, beliau menambah seorang lagi mentor dalam hidupnya.

Ibu Eric menjadi mentor yang ke-4, yang membantu beliau dalam perniagaan restorannya.

Sejak kecil lagi, ibu Eric mengajar beliau jadi seorang yang bertanggungjawab & menjadi contoh kepada orang lain. Ia merupakan rempah kejayaan Eric pada hari ini. Selain itu, ibunya amat mahir dalam selok-belok perniagaan kerana beliau menguruskan bisnes butik.

Kesan positif pengajar bertauliah kepada potensi diri.

Eric mengakui, tanpa tunjuk ajar ibunya, mustahil bagi beliau menggapai kejayaan hari ini. Ibunya terus menerus menjadi sumber semangat paling utama bagi dirinya. Baginya, ia secara langsung menjadi pembakar semangat agar beliau sentiasa mengasah potensinya.

Jika diperhatikan, Eric mempunyai lebih daripada 3 mentor. Asas bagi mendapatkan kejayaan adalah motivasi yang berterusan & berkualiti. Jika tiada ini, agak sukar mendapatkan kejayaan dalam masa yang lebih singkat.

Nasihat & ilmu daripada guru yang betul adalah harta yang amat berharga. Mereka adalah golongan yang mempunyai pengetahuan, serta pengalaman yang menjadikan mereka berjaya hari ini. Sajian ilmu ini bakal menjimatkan masa & tenaga anda.

Mentor sebagai penjana usaha berterusan.

Jika mahu berjaya, carilah mentor yang bertauliah. Dengan mentor, kejayaan boleh sampai dalam masa yang lebih singkat. Ia banyak memberikan suntikan positif kepada mereka yang mahu berjaya, tidak kira apa jenis bidang sekalipun.

Terdapat pelbagai kebaikan hidup bermentor ini. Anda boleh berurusan, bekerjasama, malah membantu mengembangkan bisnes anda & mentor anda. Paling utama, ilmu & pengalaman mereka, adalah harta berharga yang tidak boleh ditukar ganti.

Kita, sebagai manusia, sentiasa mempunyai limitasi. Ada perkara yang kita boleh buat, ada pula yang tidak. Sudah lumrah kita dijadikan tidak sentiasa sempurna. Sebab itu, kita memerlukan mentor yang boleh mendukung ketika sedang dalam kesukaran.

Comments

comments