Adakah logik dikatakan, pokok yang berjaya bertahan ketika dilanda ribut taufan, mempunyai pohon & dahan yang lebih kuat jika dibandingkan dengan pokok lain?

Perkara ini juga boleh dikaitkan melalui aplikasinya dalam kehidupan manusia. Mereka yang selalu diuji oleh-Nya, maka orang itu jadi lebih kuat & kental daripada orang yang tidak atau kurang diuji.

Ujian merupakan perkara yang subjektif. Kadang-kala, ujian itu jelas nampak dilihat oleh dua mata. Manakala, ada pula jenis ujian yang tidak dapat dilihat guna penglihatan semata-mata. Namun, kehadiran ujian adalah sebagai petanda, bahawa Allah S.W.T itu menyayangi sekelian hamba-Nya.

Kekuatan dalaman seseorang terbentuk apabila dirinya sering diuji. Jika seseorang melepasi sesebuah ujian, Allah S.W.T kurniakan kekuatan dalam hati & diri mereka. Musibah itu merupakan pembentuk diri & ia melatih diri kita menjadi lebih sabar & tabah di kemudian harinya.

Ujian menggegar hidup melalui 1001 cara.

Sama ada ia secara verbal atau tindakan, ia tetap berfungsi sebagai pelajaran yang mengukuhkan diri setiap manusia.

“Kamu tidak boleh mengurus bisnes daripada rumah semasa membesarkan anak-anak kamu”. Ayat ini menusuk hati seorang ibu yang bernama J.T O’Donnell, pengasas CAREEREALISM. Ia merupakan sebuah maklum balas daripada seseorang semasa beliau mula menceburi bidang bisnes.

Tidak berhenti setakat itu, beliau dipaksa menelan sebuah lagi pandangan sinis terhadap usahanya. “Kamu tidak boleh menjalankan ‘coaching’ secara virtual. Anda seharusnya berjumpa dengan orang itu”. Sekali lagi, idea O’Donnell disangkal begitu sahaja.

Walaupun mendapat ujian & tentangan daripada pelbagai sudiut & arah, beliau yakin idea bisnes ini boleh pergi jauh. Kata-kata ini dijadikan sebagai bahan pembakar semangat bagi meneruskan usahanya. O’Donnell telah dididik daripada kecil agar tidak mudah berputus asa oleh keluarganya.

Lihat sahaja sikap O’Donnell melawan anasir-anasir tidak baik ini dalam merealisasikan impiannya. Setiap ujian yang diberikan kepadanya, diasak dengan bersungguh-sungguh, kerana beliau percaya idea ini dapat membantu ramai orang yang memerlukan.

Ujian sebagai pengukir jalan kejayaan.

Beliau langsung tidak sangka berjaya menguruskan bisnes sendiri. Menurutnya, ia tidak tersenarai sebagai sebuah impian dalam hidupnya. Namun, disebabkan ujian daripada kata-kata berunsur negatif itu, bisnes beliau berkembang daripada hari ke hari.

Jika O’Donnell mengambil setiap kata-kata negatif yang dihunus kepadanya, sudah pasti bisnes beliau tidak wujud pada ketika ini. Sebaliknya, ia menjadi sebuah punca semangat kepada dirinya.

Hari ini, CAREEREALISM menjadi blog pelopor yang menyelesaikan masalah di tempat kerja & pencarian kerjaya.

Setiap ujian ada hikmahnya.

O’Donnell berjaya membuktikan 100% usahanya menjadi sebuah realiti. Beliau bersyukur kepada mereka yang tidak menyokongnya, kerana ia menjadi sumber kekuatan baginya untuk berjaya. Kisah O’Donnell telah memberikan seribu satu makna kepada kita semua.

Kuncinya bergantung kepada cara anda melihat setiap sesebuah ujian itu. Jika mentaliti tidak selaras dengan ujian, kita hanya bertindak mengeluh sahaja. Walhal, jika mahu menyelesaikan sesebuah masalah, kita harus bertindak segera.

Tempuhi setiap bentuk ujian dengan hati yang kuat & tabah. Mungkin selepas ini, nasib anda bakal jadi seperti O’Donnell sendiri. Rezeki itu tidak terlihat, namun ia tetap bakal tiba. Janji anda terus tabah & digandingkan bersama usaha.

Comments

comments