Anda tidak boleh kawal segala-galanya di dunia ini. Ini adalah hakikat yang perit untuk kita telan.

Ia merupakan sebuah kebenaran yang membezakan seorang hamba & Tuhan. Tidak tercapai dek akal & kemampuan seorang manusia ambil alih kerja Allah S.W.T. Bayangkan, seluruh cakerawala ini berada 100% dalam kawalan-Nya.

Begitu besar kuasa Allah S.W.T jika dibandingkan dengan kita yang serba kerdil ini.

Walaupun tidak semua perkara kita boleh kawal, ada beberapa perkara yang masih dalam kawalan seorang manusia. Anda mahu jadi seorang pegawai yang makan gaji setiap bulan? Atau memiliki sebuah perniagaan yang besar & berjaya? Jika anda, mahu pilih yang mana?

Pilihan ini pula, diserahkan 100% kepada kapasiti seseorang manusia itu bagi mencapai kehendak & cita-citanya. Kita diajar percaya kepada Qada’ & Qadar. Namun, itu tidak bermakna anda harus menyerah diri tanpa sebarang usaha & tindakan.

Kehidupan – Sebuah jalan yang penuh misteri.

Jalan ini terbahagi kepada dua bentuk. Sama ada ia mendatangkan kebaikan, atau sebaliknya. Kedua-dua jalan ini boleh mengajar kita mendalami pengertian sebuah kehidupan, bergantung kepada baik atau buruk pilihan itu.

Menariknya, kedua-dua jalan ini ternyata tiada jaminan (guarantee). Anda tidak akan tahu ke mana ia akan bawa kehidupan anda. Misteri ini menjadi persoalan utama setiap manusia. Ia pula, sentiasa diselubungi dengan risiko.

Bagaimana pula jika jalan yang dipilih itu, diyakini 100% oleh kita?

Edward Wimmer mengakui ayat ‘usahawan’ (entrepreneur) adalah ayat pertama yang dieja oleh beliau. Namun, beliau tidak ingat masa yang tepat ketika beliau buat keputusan menjadi seorang usahawan. Yang jelas, ia berpunca daripada dorongan ayah & datuknya.

Ayah Edward merupakan seorang usahawan kecilan. Beliau seorang yang selalu bekerja keras, walaupun ketika ekonomi tidak sihat. Edward akui, sikap tersebut menjadi inspirasi utama kepada dirinya.

Mula berniaga secara kecil-kecilan.

Inspirasi ini berubah menjadi tindakan, apabila beliau mula menjual mainan di taman rumahnya. Beliau membeli mainan di dalam ‘vending machine’ yang bernilai 10 sen. Apabila menjual kepada kawan-kawannya, harga mainan itu dijual pada harga 25 sen sebuah.

Edward mengakui beliau memulakan perjalanan bisnesnya sewaktu umur beliau terlalu muda. Tidak cukup sekadar itu, ia sudah menjadi pilihan dalam hidupnya ketika itu. Menurut Edward, mendapatkan pekerjaan tidak pernah dijadikan sebuah pilihan.

Beliau menganggap dirinya mempunyai bakat natural sebagai seorang usahawan. Berkat keyakinan ini, Edward & bapanya memulakan Road ID, sebuah rekaan yang berjaya menyelamatkan nyawa orang ramai ketika beriadah.

Kesan dan akibat.

Setiap pilihan, pasti mempunyai kesan & akibat. Pilihan yang dilakukan oleh Edward Wimmer ini jelas sekali memberikan kehidupan yang lebih bermakna kepada dirinya. Edward bukan sahaja boleh buat lebih banyak duit. Ciptaan beliau & bapanya boleh menyelamatkan nyawa ramai orang.

Bukankah bagus jika anda boleh memperolehi dua perkara baik dalam satu masa?

Edward buat keputusan yang penuh risiko, namun anda sendiri boleh lihat bagaimana kehidupannya berubah 360 darjah, tanpa disangka-sangka oleh beliau. Risiko dalam hidup sentiasa akan ada. Soalannya, adakah anda mampu menanggung risiko seperti Edward?

Comments

comments