Langkah menuju kejayaan samada dalam bisnes, kerjaya dan kehidupan adalah 85% bergantung kepada tahap keyakinan dan mental.

Yang buat seseorang capai impian mereka adalah tahap KEYAKINAN mereka; Yang buat seseorang tidak capai impian mereka juga adalah tahap KEYAKINAN.

Di dalam program kami seperti Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), saya suka mengundang mereka yang telah mencapai peningkatan diri, kehidupan dan kewangan mereka kembali untuk berada di atas pentas. Ia dipanggil sebagai sesi Hot Seat. Saya dan team kami pilih siapa yang kami mahu dan kami rasakan akan memberikan inspirasi kepada mereka yang hadir.

Saya sangat percaya dengan prinsip “Seeing Is Believing” kerana satu masa dahulu saya tidak percaya ada manusia apatah lagi bangsa saya mampu buat duit dalam bisnes apatah lagi jika baru berniaga dengan jualan mencapai RM20,000; RM50,000 sebulan dan ada yang RM200,000 sebulan sehingga RM10 juta sebulan. Sebab itu bukan circle keluarga kami.

Ayah saya kerja kerajaan, gajinya tak sampai RM1,500 sebulan. Jiran saya pun macam tu di kawasan perumahan kerajaan. Kawan-kawan ayah saya pun macam tu. Jadi bukan mudah untuk saya yakin yang saya boleh menjadi jutawan satu hari nanti. Itu tahap keyakinan saya pada waktu itu. Tetapi along the years, selepas terlibat dalam perniagaan industri pengiklanan dan pemasaran pada tahun 2001, circle saya mula berbeza.

Saya berada di kalangan mentor dan rakan-rakan perniagaan yang mempunyai pendapatan jutaan ringgit setahun. Ini meningkatkan keyakinan saya dan makin ramai saya lihat begitu, makin tinggi keyakinan saya yang saya juga Insya Allah mampu berada di tahap mereka dalam masa terdekat.

Manusia belajar dari sekeliling dengan pantas. Kita belajar begitu sejak kita kecil. Sebab itulah salah satu cara untuk create anjakan paradigma atau meningkatkan kepercayaan seseorang adalah dengan menunjukkan bukti-bukti kejayaan manusia sebenar yang anda boleh cari siapa mereka, di mana perniagaan mereka, anda boleh tahu apa perniagaan mereka, berapa banyak cukai yang mereka bayar jika mereka claim mereka millionaire / jutawan (Ingat sesuka hati nak kata anda jutawan?)

Dan industri yang saya akan elakkan untuk tonjolkan adalah mereka yang terlibat dalam skim yang tidak disukai oleh Bank Negara Malaysia atau illegal. Walaupun mereka ada yang berjaya dengan ilmu yang kami kongsikan.

Mesej yang kami nak sampaikan adalah mudah. Ilmu dan formula yang saya kongsikan di dalam kelas Insya Allah telah terbukti berjaya membantu pelbagai jenis manusia. Ada yang surirumah, ada yang lepasan SPM, ada yang lepasan universiti, ada yang Profesor universiti, ada yang Jurutera, ada yang pemilik firma guaman, ada yang ahli politik, ada yang eksekutif biasa, ada yang kerani dan ada yang asalnya penganggur.

Mereka belajar bagaimana untuk membina perniagaan mereka sendiri walaupun ada yang asalnya tidak ada modal, tidak tahu nak berniaga apa, tidak ada ilmu, pernah terhutang dan ramai yang hampir bankrupt. Mereka ini menggunakan ilmu yang diajar dan mereka mampu bertindak luar biasa merubah hidup dan tahap kewangan mereka menjadi manusia yang lebih banyak masa, wang dan mampu bahagiakan keluarga mereka untuk pergi umrah setiap tahun Insya Allah, ada yang mampu beri bantuan kepada ramai orang lain, buat kebajikan.

Jika mereka ini mampu berjaya, apa alasan anda?

Bila anda telah melonjak tahap keyakinan anda, lebih mudahlah anda mengaplikasikan strategi-strategi yang diajar bukan?

Walaupun anda ada ilmu dari saya sekalipun, saya nak beritahu, kuasa tindakan anda dan hubungan anda dengan Tuhan serta dengan manusia lain banyak menyumbang kepada kejayaan anda dan keberkatan hidup anda.

Jika tidak ada ilmu, tidak mudah untuk berjaya. Anda boleh kata ramai sahaja orang berniaga yang berjaya tanpa hadir kelas saya, jika mereka mampu, baguslah. Soalannya, anda mampu? Anda mampu berniaga bertahun-tahun struggle dan tak jadi serta rugi-rugi-rugi atau jatuh-jatuh-jatuh dan mampu bangkit balik berulang-ulang kali? Belajar dari kesilapan sendiri itu bagus tetapi orang bijak, mereka belajar dari kesilapan serta kebangkitan orang lain.

Hot Seat yang diundang di dalam program saya adalah sebagai inspirasi kepada mereka yang mahu ambil inspirasi. Jika anda tidak terangsang dengan kejayaan orang lain, anda belum tentu mampu terangsangkan diri anda untuk berjaya sendiri.

Bahagia melihat orang lain bahagia serta model kejayaan orang lain adalah salah satu formula kejayaan saya. Saya mungkin tidak tahu details bagaimana Bill Gates, Richard Branson atau Mark Zuckerberg berjaya tetapi duduk bersama melihat mereka sahaja pun akan buat saya terinspirasi untuk membina kejayaan saya Insya Allah, apatah lagi mendengar kisah mereka gunakan duit mereka untuk bangunkan kawasan solok di Afrika Selatan sejak beberapa tahun ini dan telah habiskan berbilion dollar untuk kebajikan. Jika mereka tidak kaya, anda rasa mereka akan mempunyai kemampuan yang lebih?

Kita jangan jadi manusia yang hanya pandai komen dan caci serta mencari masalah bila orang lain buat sesuatu perkara yang bermanfaat kepada orang lain. Lebih baik anda tanya diri anda, selain dari mencaci, mengutuk, mengumpat menambah dosa, apa agaknya perkara yang anda boleh bantu atau buat untuk menambah pahala serta beri manfaat kepada orang lain.

Tapi jika anda pilih untuk teruskan “berkongsi pahala” anda dengan mengumpat, mengutuk orang lain, pastikan anda ada cukup akaun pahala di akhirat kelak.

Hidup ini sangat simple formula yang diberikan oleh Rasulullah saw. Saya pegang maksud hadis Nabi saw yang menyebut, sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada ramai orang lain.

Memberi manfaat tidak semestinya percuma. Cikgu di sekolah mengajar anak murid, dia dibayar gaji bukan? Tetapi dia tetap beri manfaat. Polis bantu orang ramai, dia dibayar gaji dari cukai yang saya juga ada bayar. Dia beri manfaat bukan? Anda bekerja di pejabat, adakah anda membantu pejabat anda buat sesuatu? Atau anda hanya sibuk main game guna komputer pejabat anda dan terima gaji yang bercampur dengan dosa untuk beli makanan bagi anak anda makan?

Disebabkan saya pernah gagal dalam perniagaan saya sebelum tahun 2001 dan tidak ada sesiapa yang telah berjaya dari bangsa saya sendiri yang mahu mengajar saya bagaimana membina perniagaan, maka sebab itu saya pernah berjanji yang satu hari nanti saya mahu kongsikan ilmu dan pengalaman saya samada percuma atau tidak itu terpulang kepada saya kerana itu proses perjalanan jatuh bangun saya.

Tahun lepas 140,000 orang hadir seminar percuma saya. Syarikat kami belanja RM10 juta lebih untuk anjurkan seminar-seminar ini percuma. Tahun ni saya dah tak buat free dah. Sebab saya tunggu anda yang mengutuk usaha kami ini untuk cuba buat pula anjurkan seminar free untuk anak bangsa anda. Kami bukan kerajaan. Kami lakukan usaha ini sendirian. Jatuh bangun perjalanan hidup saya tidak dilalui dengan mudah serta percuma.

Dengan berdiri berkongsi ilmu beberapa jam, ia bukan usaha yang mudah. Air liur ini Allah swt berikan kepada saya untuk saya gunakan untuk kongsikan ilmu tentang bisnes dan bagaimana membina kewangan kepada mereka yang mahu ubah hidup mereka serta mencari jalan bagaimana meningkatkan tahap kewangan mereka. Man Jadda Wa Jada. Siapa usaha atau bertindak, dialah yang dapat. Kalau tak nak bertindak, jangan salahkan orang lain apatah lagi guru. Jika rasa dah berjaya, pergilah bantu orang lain pula.

Dan jika apa yang saya kongsikan semuanya tidak bermanfaat, anda tidak rugi apa pun. Tetapi what if, jika apa yang saya kongsikan selama ini dengan anda Insya Allah benar-benar membuka mata dan fikiran anda tentang bagaimana untuk memperbaiki hidup dan kewangan anda?

Tidakkah anda mahu tahu apakah potensi diri dan kewangan anda yang sebenar?

Jangan biarkan diri anda terus dibelenggu ikatan keyakinan serta kepercayaan diri yang tidak membantu kejayaan anda!

Ramai orang sekeliling kita akan tepuk tangan bila kita belum berjaya dan akan sakit hati bila kita berjaya.

Itu lumrah sikap manusia yang pengalah / loser. Mereka tidak mampu buat apa yang kita buat, sebab itu mereka sakit hati dan mahukan perhatian.

Kita? Lebih baik kita bina hidup luar biasa mencari kejayaan dunia dan akhirat Insya Allah.

Comments

comments