Keupayaan anda mengembangkan tabiat displin diri akan menyumbang lebih banyak kejayaan kepada anda jika dibandingkan dengan kualiti perwatakan lain.

Beberapa tahun lalu, saya berjumpa Kop Kopmeyer, seorang Pihak Berkuasa yang berjaya, beliau telah menjumpai seribu rahsia kejayaan dan diterbitkan dalam empat buah buku yang mengandungi 250 prinsip setiap satu.

Ketika ditanya yang manakah antara seribu prinsip itu dianggap terpenting baginya. Beliau berkata, “Displin Diri”. “Keupayaan anda melakukan sesuatu, apa yang perlu anda lakukan, bila anda perlu lakukan, adakah anda suka atau tidak melakukannya.”

Napoleon Hill selepas menemuramah 500 individu terkaya di Amerika turut menekankan ‘Displin Diri’ adalah kunci utama kepada kejayaan.

Tom, seorang Jurulatih Jualan yang terkenal berkata, kejayaan adalah hasil daripada displin yang bertan-tan.

Jim Rollins berkata, displin ditimbang menggunakan auns manakala penyesalan ditimbang dengan tan.

Dr Edward Benfield dari Harvard membuat kesimpulan bahawa “perspektif jangka panjang’ adalah kunci untuk meningkatkan pergerakan sosial dan ekonomi Amerika atau mana-mana negara di dunia.

Menerusi kajian yang dilakukan selama 50 tahun, beliau mendapati individu yang berjaya mempunyai keupayaan berfikir untuk jangka masa panjang, mereka menunda kepuasan jangka masa pendek bagi menikmati ganjaran lebih besar dalam tempoh jangka masa panjang.

Mereka memikirkan situasi 10 hingga 20 tahun mendatang ketika membuat keputusan terhadap tindakan semasa.

Kata kuncinya adalah ‘Pengorbanan’. Ia adalah keupayaan anda mengorbankan keseronokan atau kepuasan sedia ada supaya anda boleh menikmati ganjaran lebih besar.

Albert Einstein pernah berkata, faedah kompaun adalah daya penarik paling berkuasa di alam semesta. Oleh yang demikian, menyimpan dan melabur adalah kunci pertama untuk berjaya dari segi kewangan pada masa akan datang.

Displin diri bermaksud kawalan diri, penguasaan diri, dan keupayaan untuk menikmati pencuci mulut sebelum makan malam. (Dinner Before Desert)

Ianya bukan bermaksud anda tidak mempunyai pengalaman yang menyeronokkan dalam kehidupan. Tetapi gambaran bagaimana anda memperoleh displin diri selepas menyelesaikan tugas utama, bekerja keras dan melaksanakan kerja yang sepatutnya.

Ganjaran mengamalkan displin diri akan diperoleh serta merta. Setiap kali anda mendisplinkan diri dan memaksa diri anda melakukan perkara yang betul, sama ada suka atau tidak, anda akan lebih menghormati dan menyukai diri anda. Nilai diri anda juga akan meningkat. Imej diri anda bertambah baik. Otak anda melepaskan endorfin yang membuatkan anda gembira dan bangga. Anda akan mendapat ganjaran setiap kali anda melakukan sesuatu dengan usaha anda sendiri.

Perkara paling penting mengenai displin diri adalah amalan yang anda boleh pelajari melalui latihan dan pengulangan. Ia mengambil masa 21 hari pengulangan tanpa pengecualian, untuk mengembangkan tabiat kerumitan yang bersifat sederhana. Kadangkala anda dapat membina sesuatu tabiat dengan cepat dan ada ketikanya mengambil masa yang lama. Ianya bergantung kepada bagaimana tekad anda pada masa itu.

Beberapa tahun lalu, seorang Ahli Perniagaan, Herbert Grey memulakan pencarian terhadap apa yang dipanggil “Penyebut Kejayaan yang Biasa”. (The Common Denominator of Success)

Beliau mengkaji dan menemuramah individu berjaya selama 11 tahun dan membuat kesimpulan bahawa mereka yang berjaya adalah individu yang ‘melakukan perkara yang tidak disukai orang yang gagal.’

Pengasas Amway, Rich Devos berkata, banyak perkara dalam kehidupan ini yang anda tidak suka lakukan, seperti memprospek, menjual dan membangunkan perniagaan pada waktu petang serta hujung minggu. Tetapi anda tetap melakukannya juga supaya anda boleh melakukan perkara yang mengembirakan anda di kemudian hari.

Terdapat 9 displin yang anda boleh kembangkan bagi meningkatkan setiap bidang yang diceburi dalam kehidupan anda. Ternyata bahawa setiap latihan displin diri akan menguatkan displin lain pada masa sama, sebaik sahaja setiap kelemahan dalam displin diri melemehkan anda dalam bidang lain.

DISPLIN BERFIKIRAN JELAS:-

Thomas Edison berkata, berfikir adalah displin paling sukar sekali.

Terdapat tiga jenis manusia. Mereka yang berfikir (minority kecil); mereka yang fikir mereka sedang berfikir; mereka yang lebih rela mati daripada berfikir.

a)     Ambil masa untuk berfikir walaupun mengenai isu kritikal dan masalah dalam hidup anda. Beri masa pada diri anda sebanyak 30, 60 dan 90 minit untuk berfikir.

Peter Drucker berkata, orang yang cepat membuat keputusan kebiasaannya adalah keputusan orang yang salah. Tambahan pula, keputusan terburu-buru berkaitan keluarga, kerjaya, kewangan atau isu utama yang lain kebiasaannya keputusan yang salah.

b)     duduk dengan tenang selama 30 – 60 minit untuk berfikir. Amalkan bersendirian secara tetap. Selami diri anda dalam kesunyian.

c)      Apabila anda mengamalkan bersendirian secara tetap lebih daripada 30 minit. Anda akan mengaktifkan minda sedar yang hebat sekali gus menjentik gerak hati anda.

d)     Untuk berfikir dengan lebih baik, tulis segala masalah yang anda hadapi dengan jelas di atas helaian kertas. Ada ketikanya perkara betul yang perlu dilakukan lancar apabila ianya dicatit dalam kertas.

e)     Aristotle pernah berkata, keupayaan membuat keputusan yang baik adalah gabungan daripada pengalaman dan refleksi. Lebih banyak masa anda luangkan untuk berfikir mengenai pengalaman anda, lebih banyak pengajaran penting anda peroleh daripadanya.

f)       Melakukan senaman selama 30 hingga 60 minit. Setiap kali anda melakukan senaman anda akan mendapatkan idea-idea baru yang membantu anda berfikir dan membuat keputusan dengan lebih baik.

g)     Bercerita mengenai situasi anda kepada seseorang yang anda suka dan percaya, dan mereka yang tidak terlibat dengan beremosi. Selalunya, perspektif berbeza dapat mengubah pandangan anda.

h)     Seringkali bertanya, apakah andaian saya? Apakah keadaan yang saya andaikan itu adalah benar?

i)       Bagaimana pula jika andaian anda itu salah? Bagaimana jika anda telah didahului dengan maklumat palsu.?

Sentiasa terbuka kepada kemungkinan yang anda mungkin salah semasa mengambil tindakan. Terbuka untuk melakukan sesuatu yang berbeza.

DISLPIN DALAM MENETAPKAN MATLAMAT:-

Fokus dan memberi tumpuan adalah ciri penting untuk mencapai kejayaan.

a)     Mula bertanya, “apa yang saya benar-benar ingin lakukan dengan kehidupan saya?”. Tanya soalan ini berulang kali sehingga anda mendapat jawapan yang jelas.

b)     Bayangkan anda mempunyai 10 juta dolar secara tunai tetapi hanya mempunyai 10 tahun untuk hidup. Apakah perkara berbeza yang akan anda lakukan dengan segera.?

c)      Bayangkan anda tiada batasan untuk mempunyai semua termasuk wang, masa, pengalaman, pendidikan dan kenalan bagi mencapai apa-apa matlamat. Apa yang akan anda lakukan?

d)     Catitkan segalanya dalam buku nota, mulakan dengan menulis 10 matlamat anda yang terkini. Mulakan setiap matlamat dengan perkataan ‘saya’dan diikuti dengan kata kerja tindakan.

Sebagai contoh: “Saya memperoleh   USD XXXXX  pada 31 Disember 2016”.

e)     Sebelum memulakan hari baru, tulis semula 10 matlamat utama anda seolah-olah anda telah mencapainya dan ingin melaporkan kejayaan itu pada yang lain. Tulis semula matlamat itu tanpa menoleh pada halaman sebelumnya. Tulisnya dengan mengingatinya semula. Lihat bagaimana ia berkembang dan berubah dari masa ke masa setiap hari. Ramai orang berkata displin dalam penetapan matlamat telah mentransformasi kehidupan mereka dengan lebih cepat daripada yang dibayangkan.

DISPLIN PENGURUSAN WAKTU:-

Peraturan: “Setiap minit digunakan dengan terancang dapat menjimatkan 10 minit pelaksanaan. Lebih banyak anda rancang, lebih baik anda menguruskan waktu dan lebih banyak yang dapat dicapai.

a)     Bermula dengan menyenaraikan setiap perkara yang perlu anda lakukan. Masa paling sesuai untuk menulis senarai harian anda adalah pada malam sebelumnya supaya minda bawah sedar anda boleh bekerja semasa anda tidur.

b)     Susun senarai berdasarkan keutamaan sebelum memulakan tugas.

c)      Berlatih peraturan 80/20 di mana 80% daripada keputusan anda didorong oleh 20% aktiviti anda.

d)     Gunakan kaedah ABCDE untuk menetapkan keutamaan. Ianya berdasarkan pertimbangan kepada melakukan atau tidak melakukan sesuatu tugasan.

A = Mesti Lakukan (akibat yang serius untuk tidak melengkapkannya)

B = Patut Lakukan (akibat yang ringan untuk tidak melengkapkannya)

C = Bagus Lakukan (Tiada kesan untuk tidak melengkapkannya)

D = Mewakilkan (Segalanya Mungkin)

E = Menghapuskan (Semua yang berikan lebih banyak masa pada anda)

e)     Susun senarai anda menggunakan A-1, A-2, A-3 dan sebagainya.

f)       Mulakan tugas A-1 di awal pagi.

g)     Mendisplinkan diri anda untuk menumpukan sepenuh perhatian pada tugasan A-1 sehingga ianya 100% diselesaikan.

h)     Displin pengurusan masa yang baik akan merebak kepada displin anda yang lain. Ianya akan mendapat ganjaran serta merta dan menunjukkan keputusan yang baik, ganjaran jangka masa panjang dari segi kualiti kerja dalam kehidupan anda.

DISPLIN KEBERANIAN:-

Keberanian memerlukan anda melakukan apa yang sepatutnya anda lakukan, di mana anda akan berurusan dengan rasa takut anda daripada mengelakknya.

a)     Halangan terbesar kepada kejayaan dalam hidup anda adalah rasa takut untuk gagal. Ianya diekspresikan melalui perasaan anda dengan mengatakan “saya tidak boleh! Saya tidak boleh! Saya tidak boleh!”.

b)     Keberaniaan adalah tabiat yang dibina dengan mengamalkan keberanian apabila perlu.

c)      Seperti yang dikatakan Emerson, “Lakukan perkara yang anda takuti dan takut untuk mati adalah pasti.”

d)     Amalkan tabiat menghadapi rasa takut daripada mengelaknya. Apabila anda menghadapi dan menuju ke arahnya, terutamanya ia adalah individu atau keadaan lain, ketakutan itu menjadi semakin kecil dan kebaranian anda semakin besar.

e)     Ulang perkataan untuk mematikan rasa takut. “Saya Boleh Lakukan!”secara berulangan bagi membina keberanian dan keyakinan anda.

f)       Kenal pasti salah satu ketakuan dalam kehidupan dan dan displinkan diri anda untuk berhadapan dengannya. Ganjaran mengenal pasti dan berhadapan dengan ketakutan adalah hebat . ia memberi anda keberanian dan keyakinan untuk mengharungi kehidupan dan berurusan dengan setiap ketakutan yang didorong keadaaan semasa.

DISPLIN TABIAT KESIHATAN CEMERLANG:-

Matlamat anda adalah untuk hidup sehingga 100 tahun dengan keadaan fizikal yang hebat.

a)     Reka dan bayangkan bentuk badan yang ideal buat anda. Bagaimana rupa bentuk badan anda jika ia adalah sempurna di mata anda. Ini adalah matlamat anda.

b)     Ringkas kunci kepada kesihatan dan kehidupan dalam lima perkataan “Kurangkan makan dan lebihkan senaman”.

c)      Bangunkan displin bersenam setiap hari, walaupun ianya hanya sekadar berjalan. Senaman adalah lebih baik dilakukan di waktu pagi, sebaik sahaja anda bangun dari tidur. Sekiranya ianya dilakukan selama 21 hari, ia akan menjadi sebahagian daripada rutin harian anda sepanjang kehidupan anda.

d)     Elakkan daripada tiga jenis racun putih: Tepung, gula, garam.

e)     Makan lebih banyak salad dan makanan yang lebih ringan, makan sebelum jam 6 petang dan hanya makan separuh bahagian sahaja.

f)       Dapatkan pemeriksaan perubatan dan pergigian. Ianya boleh memanjangkan usia anda.

g)     Gunakan kaedah Micheal Jordan, “Lakukan Saje!”.

DISPLIN TERHADAP SIMPANAN TETAP & PELABURAN:-

Penyelesaian hari ini adalah untuk keluar daripada beban hutang supaya bebas dari segi kewangan.

Matlamat anda dan setiap orang adalah untuk mencapai kebebasan kewangan secepat mungkin dalam kehidupan mereka. Ianya memerlukan displin kewangan berterusan terhadap setiap duit yang anda peroleh. Yang penting adalah anda perlu menyimpan 10%, 15% dan 20% daripada pendapatan anda.

a)     Mungkin anda telah berada dalam keadaan berhutang, mula menyimpan 1% daripada pendapatan anda dan displinkan diri anda untuk meneruskan kehidupan dengan menggunakan 99% lagi sehingga ia menjadi satu tabiat.

b)     Tingkatkan jumlah simpanan kepada 2%, 3% dan seterusnya 10% dan 15%. Displinkan diri anda untuk kehidupan yang seimbang.

c)      Set semula fikiran anda daripada “saya seronok berbelanjan” kepada “saya seronok menyimpan”.

d)     Tangguhkan belian utama selama 30 hari.

e)     Siasat sebelum anda melabur. 2/3 pelaburan yang Berjaya datang daripada mengelakkan kesilapan. Luangkan banyakan masa mengkaji pelaburan yang ingin anda lakukan bagi memastikan anda mendapat pulangan.

f)       Bayar secara tunai terhadap seberapa banyak perkara yang boleh. Buang semua kad kredit anda.

g)     “Jika anda tidak boleh menyimpan wang, benih kehebatan tiada dalam diri kamu.”(W Clement Stone)

DISPLIN KERJA KERAS:-

Membina reputasi untuk menjadi tegas dan pekerja yang rajin.

“Lebih rajin anda bekerja, lebih banyak keuntungan anda peroleh.” (Thomas Jefferson)

a)     Purata minggu bekerja di Amerika adalah 32 jam.

b)     Kebanyakan pekerja membazirkan 50% waktu bekerja dengan melakukan perkara tidak berfaedah seperti berborak dengan rakan sekerja, memanjangkan waktu minum dan makan tengah hari, melayari internet, membaca surat khabar dan hal peribadi.

c)      Peraturan: Bekerja sepanjang masa anda bekerja.

d)     Mula bekerja satu jam lebih awal dan jangan lewat ke tempat kerja.

e)     Bekerja lebih keras menerusi waktu makan tengah hari, sepanjang hari; jangan buang masa.

f)       Bagi yang bekerja sejam kemudian, jadi orang terakhir balik kerja. Gunakan masa itu untuk mengakhiri semua kerja dan membuat perancangan esok hari. Tambah tiga jam bekerja akan menterjemahkan kepada penghasilan produktiviti bagi tempoh 6 hingga 8 jam.

g)     Tanya; apakah penggunaan yang paling bermanfaat telah saya gunakan sepanjang masa saya? Apa pun jawapan anda, manfaatkan setiap jam pada hari anda bekerja.

h)     Jika anda diganggu atau terganggu, ulang semula berkali-kali “Kembali Bekerja! Kembali Bekerja! Kembali Bekerja!”.

DISPLIN PEMBELAJARAN BERTERUSAN:-

“Nak dapat lebih kena belajar lebih.”

a)     Membaca mengenai bidang anda 30 hingga 60 kali sehari, ianya akan menghasilkan satu buku setiap minggu, 50 buah buku setahun.

b)     Dengar cakera padat ketika anda sedang memandu dari satu tempat ke satu tempat. Ini akan menghasilkan jumlah antara 500 hingga 1000 jam setiap tahun.

c)      Hadir seminar dan ambil kursus yang diberikan mereka yang pakar dalam bidang anda ceburi. Satu idea daripada setiap kursus boleh jimatkan kerja keras anda untuk bertahun.

d)     Purata pendapatan di Amerika meningkat pada kadar 3% setahun. Dengan faedah kompaun, kebanyakan mereka dapat menggandakan pendapatan setiap 22 tahun.

e)     Anda boleh menghasilkan keputusan yang bagus dengan adanya tambahan ilmu dan kemahiran, anda juga dapat meningkatkan pendapatan pada kadar 10%, 15% dan juga 25% setahun.

  • Peningkatan 10% kadar setahun bermaksud anda menggandakan pendapatan dalam tempoh 7.2 tahun.
  • Peningkatan 25% kadar setahun bermaksud anda menggandakan pendapatan dalam tempoh 2 tahun 8 bulan.

f)       Bekerja atas usaha sendiri, seolah-olah masa anda bergantung sepenuhnya kepada anda.

DISPLIN KEGIGIHAN:-

Ujian paling hebat terhadap displin diri adalah apabila anda bertahan menghadapi kesusahan dan mengharunginya sendiri bagi memastikan ianya 100% diselesaikan tanpa mengambil kira apa yang anda rasa.

Keberanian terbahagi kepada dua bahagian: Pertama, keberanian untuk memulakan dan terus ke hadapan tanpa sebarang jaminan kejayaan.

Kedua adalah keberanian untuk bertahan apabila anda rasa kecewa dan ingin berhenti.

a)     Kegigihan anda adalah kayu ukur kepada kepercayaan anda terhadap diri sendiri dann apa yang anda lakukan.

b)     Lebih banyak anda percaya terhadap kebaikan dan apa yang betul anda lakukan, lebih lama anda bertahan.

c)      Lebih lama anda bertahan, anda akan lebih cenderung percaya pada diri sendiri dan apa yang anda lakukan.

d)     Kegigihan adalah displin diri dalam tindakan.

e)     Displin diri memimpin anda kepada nilai diri, rasa yang lebih hebat terhadap kuasa peribadi yang mendorong kepada kegigihan dan yang membawa kepada displin diri yang lebih besar dalam sesuatu lingkaran.

f)       Sifat gigih terdapat dalam perwatakan lelaki dan perempuan di mana ianya dijadikan sebagai karbon sebelum menjadi besi. (Napoleon Hill)

g)     Anda sebenarnya menjadi individu yang lebih baik dan hebat dengan menjadi tabah apabila terasa ingin berhenti.

Anda melakukan kawalan sepenuhnya ke atas perkembangan watak anda sendiri. Akhirnya anda menjadi seorang yang sukar dihalang.

KELEBIHAN MENGAMALKAN DISPLIN DIRI DALAM SETIAP BIDANG:-

a)     Tabiat displin diri menjamin kejayaan anda dalam kehidupan sama ada untuk diri sendiri atau dengan orang lain.

b)     Lebih banyak dan cepat yang dapat anda lakukan dengan kualiti displin yang tinggi berbanding kemahiran lain.

c)      Anda akan lebih cepat dinaikkan pangkat dan dibayar lebih.

d)     Anda akan mengalami rasa yang lebih hebat berkaitan kawalan diri, berdikari dan kuasa peribadi.

e)     Displin diri adalah kunci kepada membina nilai diri, kebanggaan diri dan maruah diri.

f)       Lebih hebat displin diri anda, lebih hebat keyakinan diri dan merendahkan rasa takut untuk gagal atau ditolak. Tiada apa yang dapat menghalang anda.

g)     Displin diri akan memberi kekuatan perwatakan untuk terus mengharungi segala halangan sehingga mencapai kejayaan.

Mulakan amalam displin diri dalam setiap bidang yang anda ceburi. Teruskan amalan ini sehingga displin diri datang kepada anda secara automatik dan semudah bernafas . Masa depan anda akan terjamin.

Comments

comments