Ramai orang hari ini tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung bil mereka selama enam bulan yang akan datang dan ramai yang tidak mempunyai simpanan langsung.

Oleh itu, jadi seorang penyimpan yang bijak agar ia dapat membantu anda untuk mewujudkan simpanan yang kukuh dan bersedia dengan perancangan kewangan anda untuk waktu kecemasan.

Manfaat #1 : Ketahui Bagaimana Menguruskan Belanjawan

Menjejaki perbelanjaan harian anda dengan teliti akan memberikan anda kesedaran dan kefahaman tentang berapa banyak wang yang akan masuk dan di mana ia akan keluar. Ini boleh membantu anda mengurangkan perbelanjaan yang membazirkan dan menambahkan lagi simpanan anda.

Manfaat #2 : Jadi Seorang Penyimpan Yang Bijak

Ramai orang hari ini tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung bil mereka selama enam bulan yang akan datang dan ramai yang tidak mempunyai simpanan langsung. Oleh itu, jadi seorang penyimpan yang bijak agar ia dapat membantu anda untuk mewujudkan simpanan yang kukuh dan bersedia dengan perancangan kewangan anda untuk waktu kecemasan

Manfaat #3 : Uruskan Pelan Caruman Anda

Sebahagian daripada kita mempunyai pelan caruman persaraan, tetapi kita tidak memahami bagaimana untuk mengambil kesempataan daripada manfaat yang ditawarkan oleh pelan tersebut. Dengan ilmu kewangan, anda dapat memaksimakan keuntungan pelan caruman anda.

Manfaat #4 : Elakkan Perangkap Hutang

Hari ini, terdapat lebih banyak cara untuk seseorang masuk ke dalam perangkap hutang berbanding sebelum ini. Ramai di antara kita bermula dengan hutang sejurus kita keluar dari alam universiti dengan pinjaman pelajaran, hutang kad kredit dan banyak lagi. Program pendidikan kewangan boleh mengajar anda bagaimana untuk megesan perangkap hutang dan cara-cara terbaik untuk keluar dari apa-apa situasi dan jumlah hutang.

Manfaat #5 : Ambil Langkah Kawalan Untuk Keselamatan Persaraan Anda

Ramai orang hari ini tidak menabung untuk persaraan tetapi ia masih belum terlambat. Anda boleh memikirkan cara terbaik untuk menyimpan untuk hari persaraan anda dengan membuat perancangan bagaimana untuk mancapai matlamat itu. Satu cara terbaik adalah dengan memperuntukkan 10% daripada gaji and untuk tabung persaraan.

Manfaat #6 : Membina Ketenangan Fikiran

Bagaimana anda rasa jika anda tidak perlu bimbang tentang isu-isu kewangan atau persaraan? Dengan jaminan kewangan, ia dapat melegakan salah satu isu yang paling tinggi membuat orang stres atau tertekan dalam kehidupan dan dengan jaminan kewangan, ia juga dapat membantu membina keyakinan kita untuk masa depan.

Manfaat #7 : Anda Boleh Mendidik Anak Anda

Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan adalah mendidik anak-anak anda bagaimana untuk menguruskan kewangan mereka dengan bijak demi masa depan mereka. Mulakan dengan mendidik mereka dari usia awal lagi bagaimana menjadi seorang penyimpan yang bijak.

Comments

comments