Author: mentorusahawan

Cegah Pokai Selepas Raya

Tidak terlalu awal jika kami ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca. Diharap semua pembaca telah menyambut Hari Raya tahun ini dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran disamping keluarga tercinta. Kita imbas seketika, sebelum Hari Raya menjelma, kita sibuk dengan menyediakan bajet khas bagi menempuh hari bahagia ini. Persiapan bajet baju baru, aksesori, minyak wangi, kereta baru, duit raya untuk kanak-kanak dan berbagai lagi bajet dibuat. Mengikut hasil kajian, ramai orang yang sanggup mengeluarkan duit simpanan yang ada dan gunakannya semata-mata untuk persiapan bajet raya. Habis duit simpanan! Hari Raya bakal berlalu dengan bahagia...

Read More

7 Manfaat Utama Pendidikan Kewangan

Ramai orang hari ini tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung bil mereka selama enam bulan yang akan datang dan ramai yang tidak mempunyai simpanan langsung. Oleh itu, jadi seorang penyimpan yang bijak agar ia dapat membantu anda untuk mewujudkan simpanan yang kukuh dan bersedia dengan perancangan kewangan anda untuk waktu kecemasan. Manfaat #1 : Ketahui Bagaimana Menguruskan Belanjawan Menjejaki perbelanjaan harian anda dengan teliti akan memberikan anda kesedaran dan kefahaman tentang berapa banyak wang yang akan masuk dan di mana ia akan keluar. Ini boleh membantu anda mengurangkan perbelanjaan yang membazirkan dan menambahkan lagi simpanan anda. Manfaat #2...

Read More

Bagaimana Melindungi Kekayaan Berlandaskan Al-Quran

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadratNya atas kesempatan untuk mengaut sebanyak-banyaknya pahala di bulan yang penuh dengan barokah ini. Moga dengan kedatangan Ramadhan kali ini, kita semua mendapat keampunan dan rahmat dari Allah, dan semoga hari yang berlalu lebih baik dari semalam. Kami ingin berkongsi sebuah kisah yang agung. Sebuah kisah di mana permainan kata-kata dapat mempengaruhi minda dan membangkitkan emosi serta imaginasi yang hebat. Allah berkata di dalam Surah Ta Ha mafhumnya: Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. (118) Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu dan tidak akan merasa panas mentari. (119) Setelah itu maka...

Read More

Tips & Cara Bisnes Di Rumah

Kerja di rumah, anda tidak perlu lagi menempuh kesesakkan jalan raya, di marahi bos, keletihan tubuh badan dan anda juga dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Masalahnya ramai usahawan yang bekerja di rumah kecundang menghasilkan kerja yang produktif dan konsisten. Ini kerana dugaan di rumah lebih besar dari dugaan kerja di pejabat. Sebagai contoh, katil dan sofa memang seronok jika baring sambil membuat kerja bisnes di atasnya, pada waktu yang sama tempat ini juga boleh menggoda anda untuk tidur nyenyak di atasnya – kebanyakkan, ramai yang memilih tidur dari membuat kerja bisnes.

Read More

Pin It on Pinterest